Friday 26 October 2018

BBM3410/18 : IG DAH KENA LIKE WOI !






Yezza. nak melompat rasanya harini.

Kenapa?

Sebab Prof dah like gambar aku kat instagram. Eh bukan setakat like je, siap komen lagi uolss. Bila dah like dan komen tu bermakna A dalam gengaman katanya. Hahaha.

Bayangkan ehh, aku baru bangun tidur lepastu tengok Prof komen kat gambar. Walawei! Rasa macam nak lompat dari katil je. muahahhaha.

Tak percaya? Tu aku dah  tunjuk bukti.



Sekian

Jari Gemok

BBM3410/18 : Minggu 7 Mai belajar Adobe Photoshop

Yuhuuu. Bertemu kembali dengan coretan aku yang seterusnya. Ha, hari ni aku nak cerita tentang pembelajaran terbaru yang diajar oleh Prof. Apakah dia? Meh aku nak story.

Minggu ni kitaorang belajar tentang adobe photoshop. Prof suruh kitaorg buat kalendar tahun 2019 juga app adobe tu.

Mula-mula terkial-kial juga aku nak buat. Almaklumlah, aku ni bukan amatur bab-bab ni. Setelah bersengkang mata dan berperang akhirnya berjaya buat juga. Hasilnya bolehlah daripada takde. Tapi aku akan praktis terus untuk mahirkan diri. Manalah tahu kan, nanti aku boleh buat kad kawen ke kalendar ke. Duit tu!


Sekian

Jari Gemok

Monday 22 October 2018

BBM3410/18 : Rahsia

Hari ni aku nak cerita pasal satu rahsia. Rahsia apa?

Rahsia  kawan baik aku. 

Yelah, rahsia tentang apa???

Sabar. sabar. aku nak cerita lah ni. hmm macam mana nak cerita ek?

Cerita ni sebenarnya tentang rahsia. Dah nama pun rahsia. mana boleh bagitahu. HAHAHAHA.

Bye!😛😛😛


Jari Gemok

Wednesday 17 October 2018

BBM3410/18 : MINGGU KEENAM

Minggu baru tugasan pun baru!

Macam biasalah bila tiba hari isnin je Prof mesti akan kasik tugasan baru. Shooting kat luar lagi la nampaknya.

Patutnya tiap hari isnin pakai baju sukan je. hahaha😆

Minggu ni tema simpulan bahasa. 
Ce teka simpulan bahasa apa ni?

Sekian

Jari Gemok

BBM3410/18 : Weh! Stress!

Image result for gambar orang stress kartun



Yuhuuu..

Tajuk pun dah stress. Mana tak stressnya. Minggu ni lah hantar segala assigment ! Hantar segala kerja. Ha, ni pun baru lepas siap buat FYP.

FYP.......... kenapa ada FYP?😖


FYP banyak merampas kegembiraan dan kebahagiaan aku kat sini. Alahai, nak tak nak kena siapkan juga. Aku meraung macam mana sekali pun fyp kena buat juga. Sekarang aku nak kena pergi hantar fyp aku dulu. Mudah-mudahan dapat keputusan yang baik-baik je. Aamin. Debor !

Doakan aku tau !


Bye

Jari Gemok

Thursday 11 October 2018

BBM3410/18 : Geng masuk air !

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak cerita pasal kawan-kawan aku. Aku ada 4 orang kawan baik di UPM. Nama diaorang ialah Nani, Shira, Zue dan Dini.

Sebenarnya aku paling lama berkawan dengan Shira dan nani. Kitaorang mula-mula kenal masa pendaftaran kat kolej. Shira ni perangai dia jenis yang pendiam. Tapi sekarang dia makin kelakar. Nani pula perangai dia tak berapa nak berguna sangat. Hahahhaha. Tak lah. Dia baik sangat.  Sorry! Selalu cari pasal. Ada je bahan nak kenakan aku. Yang Zue dengan Dini ni mula rapat masa sem 3. Lambat kan. Geng dak-dak dekan memang macam tu. hahahah.

Tapi, dalam perangai diaorang yang masuk air keluar asap tu, diaorang tetap ada masa susah dan senang aku. Aku masih ingat lagi, ketika aku berada dalam keadaaan tertekan sebab FYP, mereka lah yang bersungguh bagi semangat kat aku. Terharu aku. Sebab tanpa sokongan mereka, aku rasa aku dah lari dari sini.

Tak sangka dah nak habis belajar kat sini. Mesti aku akan rindu perangai sorang-sorang. Sayang korang sangat sangat!

Sekian

Jari Gemok

Wednesday 10 October 2018

BBM3410/18 : MEMBER KENA TAZKIRAH !

Assalamualaikum semua!

Hari ni aku nak cerita pasal air. Kenapa? Sebab hari ni UPM tak ada air. Hahaha. Redha. Pagi ni kawan aku mengeluh sebab tak ada air kat bilik air. Dia rasa tertekan. Almaklumlah, tengah tak ada air ni lah perut dia memulas nak buang apa yang patut.

Nak dijadikan cerita, dia mengadu lah nasib dekat kami. Memang silap lah mengadu nasib kat dalam group whatshapp kami ni. Kena tazkirah dia dengan aku. Aku pun cakaplah yang kita baru diuji dengan ketiadaan air kita dah mengeluh. Rakyat Palu yang kena tsunami di sana lagi berat dugaan mereka.  Terus diam dia. Huhu.

Bukannya apa, memang susah jika tak ada air. Tapi kita kena hadapi juga kesusahan itu. Allah duga kita sikit je. Jadi kita haruslah bersyukur kerana dugaan kita tak seberat orang lain. Apa-apa pun salam takziah kepada mangsa tsunami di Palu. Semoga kalian tabah dengan dugaan yang diberikan.


Ikhlas

Jari Gemok

BBM3410/18 : MINGGU KELIMA

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada penulisan hari ini.
Hari ini saya nak bercerita mengenai pembelajaran baharu yang diajar oleh Prof. Apakah dia? 

Begini, pembelajaran pada kali ini Prof suruh kami membuat fotografi berbentuk Flatlay, Quater Flatlay, Half Flatlay dan Zero Flatlay.
Kami perlukan satu tema bagi setiap flatlay yang dihasilkan. Tema yang kami pilih ialah Travel, Gadgets, Food, Stationery dan Makeup.

Macam biasalah, setiap hasil fotografi tu kami kena upload di Instagram. Nanti saya kongsikan gambar-gambar yang terhasil hasil kerjasama kami sekumpulan okay. 



Bye

Jari Gemok


Tuesday 2 October 2018

BBM 3410/ 18 : Minggu Keempat

Assalamualaikum.


Pada minggu keempat ini, saya dan rakan-rakan telah diberikan tugasan secara dalam talian. Kami perlu menjawab dua soalan yang diberikan oleh Prof dan hantar jawapan tersebut ke email Prof. Dr. Normaliza.

Dua soalan tersebut adalah mengandungi solan berdasarkan buku BOOM ! with Social Media. Kami ditugaskan untuk memberikan pandangan mengenai aplikasi media sosial yang ada. Seterusnya, saya perlu memilih satu jenis media sosial sahaja yang saya rasakan agak bagus untuk digunakan dan diaplikasikan dalam pembelajaran di universiti.

Sekian

Jari Gemok

BBM3410 /18 : Fotografi




Assalamualaikum semua.

Bertemu kembali dengan coretan saya baru.

Minggu ni dapat tugasan baru lagi. Kitaorang kena ambil gambar yang berlainan.



over the shoulder
potrait
Medium shot
Long shot
Mug shot
Bird eyes view

Sekian

Jari Gemok

BBM3410/18 : AKTIVITI MINGGU KETIGA Pesta makanan tradisional






Assalamualaikum semua. Alhamdulillah bertemu kembali kita disini.
Pada coretan blog hari ini, saya ingin menceritakan mengenai aktiviti yang dilakukan sepanjang minggu ketiga.

Dalam minggu ketiga ini, saya dan rakan-rakan telah mengikuti aktiviti program Pesta Makanan Tradisional Universiti Putra Malaysia. Program ini telah dianjurkan oleh Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Saya dan ahli kumpulan telah diberikan tugas sepanjang aktiviti ini berlangsung. Pertama, kami haruslah mengambil sepuluh keping gambar sepanjang aktiviti tersebut berlangsung. 


Terdapat banyak jenis makanan tradisional yang dijual disana. Turut diadakan pertunjukkan memasak daripada chef popular tanah air.

Sampai disini dahulu coretan saya. Nanti saya sambung lagi. Assalamualaikum



BBM3410/18 : POST GAMBAR KAT FACEBOOK !

Hai, assalamualaikum. Terima kasih masih lagi setia dengan blog aku ni. hahaha. . . okay, hari ni nak cerita pasal kerja yang aku kena ...