Hari ni aku nak berkongsi sikit mengenai Asas Grafik. Apa itu asas grafik? Haa.. untuk pengetahuan semua, asas grafik ni adalah asas kepada sesuatu rekaan yang akan kita hasilkan. Terdapat 5 asas grafik yang akan aku terangkan untuk kalian semua.
.
.
1. Mudah
- Ciri pertama bagi asas grafik adalah mudah. Kenapa mudah ? kerana, asas grafik mudah ini membolehkan kita cepat faham akan apa yang ada pada gambar tersebut.
.
.
2. Seimbang
- Bagi asas grafik seimbang, gambar yang diambil perlulah seimbang dari atas dan bawah serta kiri dan kanan gambar tersebut. Seimbang dari segi kedudukan gambar-gambar tersebut.
.
.
3. Kesesuaian
- Ciri ketiga asas grafik adalah kesesuaian. Gambar yang diambil perlu bersesuaian dengan keadaan persekitaran.
.
.
4. Warna
- Warna memainkan peranan penting dalam sesuatu gambar bagi memastikan gambar tersebut kelihatan lebih menarik.
.
.
5. Teks
-Saiz font yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan ruangan gambar tersebut. Font tidak boleh terlalu besar ataupun terlalu kecil. Selain itu, teks juga jangan terlalu panjang.
No comments:
Post a Comment