Assalamualaikum semua!
Hari ni aku nak cerita pasal air. Kenapa? Sebab hari ni UPM tak ada air. Hahaha. Redha. Pagi ni kawan aku mengeluh sebab tak ada air kat bilik air. Dia rasa tertekan. Almaklumlah, tengah tak ada air ni lah perut dia memulas nak buang apa yang patut.
Nak dijadikan cerita, dia mengadu lah nasib dekat kami. Memang silap lah mengadu nasib kat dalam group whatshapp kami ni. Kena tazkirah dia dengan aku. Aku pun cakaplah yang kita baru diuji dengan ketiadaan air kita dah mengeluh. Rakyat Palu yang kena tsunami di sana lagi berat dugaan mereka. Terus diam dia. Huhu.
Bukannya apa, memang susah jika tak ada air. Tapi kita kena hadapi juga kesusahan itu. Allah duga kita sikit je. Jadi kita haruslah bersyukur kerana dugaan kita tak seberat orang lain. Apa-apa pun salam takziah kepada mangsa tsunami di Palu. Semoga kalian tabah dengan dugaan yang diberikan.
Ikhlas
Jari Gemok
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BBM3410/18 : POST GAMBAR KAT FACEBOOK !
Hai, assalamualaikum. Terima kasih masih lagi setia dengan blog aku ni. hahaha. . . okay, hari ni nak cerita pasal kerja yang aku kena ...
-
Yezza. nak melompat rasanya harini. Kenapa? Sebab Prof dah like gambar aku kat instagram. Eh bukan setakat like je, siap komen...
-
Aku nak ceritakan mengenai video tanpa wajah pula. . . Video tanpa wajah ni ada ciri-ciri berikut. . . 1. Hanya fokus pada bahagian ya...
-
Dup dap dup dap... . . Hujan renyai-renyai di waktu malam. . . Jari masih lagi bekerja keras untuk menaip tugasan yang bertimbun. akan...
No comments:
Post a Comment