Saturday 8 December 2018

BBM3410/18 : POST GAMBAR KAT FACEBOOK !

Hai, assalamualaikum.

Terima kasih masih lagi setia dengan blog aku ni. hahaha.
.
.
okay, hari ni nak cerita pasal kerja yang aku kena post kat facebook. Yeah! Selepas IG, Twitter dan blog, akhirnya medium facebook pula aku gunakan untuk subjek multimedia ni.
.
.
Sebenarnya, aku dah post lama dah kat facebook, tapi lupa nak update. Meh aku bagi bukti yg aku dah post.










Salam penuh kasih sayang daripada :

Jari Gemok❤️

Wednesday 5 December 2018

BBM3410/18 : Video tanpa wajah

Aku nak ceritakan mengenai video tanpa wajah pula.
.
.
Video tanpa wajah ni ada ciri-ciri berikut.
.
.
1. Hanya fokus pada bahagian yang diinginkan. Contoh bahagian tangan atau objek lain.
2. Video ini tidak boleh menampakkan wajah si pelakon
3. Video ini boleh dirakam daripada pelbagai sudut.
4. Lagu hendaklah bersesuaian dengan jalan cerita.
.
.
Dalam video ini, kami fokuskan kepada tangan.




BBM3410/18 : Video One Shot

Dalam pembelajaran multimedia ini, aku telah belajar mengenai 3 jenis video one shot yang berlainan.
.
.
Untuk pengetahuan korang, Video One Shot ada tiga jenis.
.
1) Video One Shot One Layer
2)One Shot Two Layer
3)One Shot Three Layer
.
.
Apakah perbezaannya?
.
.
- Bagi jenis one shot one layer ni, video ni memerlukan kamera dalam kedudukan yang statik. Selain itu, video ini memerlukan pergerakan keluar masuk ahli kumpulan. Mereka juga perlu memastikan hanya satu kelompok sahaja yang bergerak ketika rakaman dijalankan.

One Shot One Layer

-One Shot Two Layer ini pula memerlukan 2 kelompok bergerak dalam satu masa. Contohnya, penyanyi bernyanyi dan pada masa yang sama pelakon turut melakonkan watak mereka.

One shot 2 layer

-One shot three layer pula memerlukan 3 kelompok bergerak. Pertama, penyanyi. Kedua pelakon. Ketiga pergerakan yang tidak disengajakan. Bagi contoh di bawah, pokok bergoyang.

One Shot Three Layer


BBM3410/18 : Papan Cerita

Papan Cerita. Apakah itu?
.
.
-Papan cerita ni merupakan satu lakaran bagi menggambarkan isi atau turutan sesuatu isi kandungan.  Papan cerita ni turut dikatakan sebagai susunan grafik atau imej. Tujuan menggunakan papan cerita ini adalah untuk mempercepatkan sesuatu proses kepengarangan.
.
.
-Papan cerita ini juga untuk memastikan setiap gambaran yang diberi jelas.
.
.
Kami menggunakan papan cerita ketika membuat e-majalah.
.
.
-Pertama, papan cerita yang kami hasilkan tidak boleh lebih daripada 10 muka surat
-Nama majalah dan nama kumpulan perlu ada di muka hadapan
-Pengenalan bagi Sidang redaksi e-majalah tersebut.
-Seterusnya adalah lakaran produk-produk yang dihasilkan perlu dilakar dalam ruangan yang telah ditetapkan
-Dalam setiap produk yang dilakar, kami perlu memberikan nama bagi produk tersebut serta menyelitkan kata-kata daripada buku 200 quotes
-Muka belakang e-majalah hendaklah dilampirkan maklumat mengenai syarikat tersebut seperti facebook, dan instagram

BBM3410/18 : ASAS GRAFIK

Bertemu semula kita di dalam blog ni.

Hari ni aku nak berkongsi sikit mengenai Asas Grafik. Apa itu asas grafik? Haa.. untuk pengetahuan semua, asas grafik ni adalah asas kepada sesuatu rekaan yang akan kita hasilkan. Terdapat 5 asas grafik yang akan aku terangkan untuk kalian semua.
.
.
1. Mudah



- Ciri pertama bagi asas grafik adalah mudah. Kenapa mudah ? kerana, asas grafik mudah ini membolehkan kita cepat faham akan apa yang ada pada gambar tersebut.
.
.
2. Seimbang



- Bagi asas grafik seimbang, gambar yang diambil perlulah seimbang dari atas dan bawah serta kiri dan kanan gambar tersebut. Seimbang dari segi kedudukan gambar-gambar tersebut.
.
.
3. Kesesuaian




- Ciri ketiga asas grafik adalah kesesuaian. Gambar yang diambil perlu bersesuaian dengan keadaan persekitaran.
.
.
4. Warna



- Warna memainkan peranan penting dalam sesuatu gambar bagi memastikan gambar tersebut kelihatan lebih menarik. 
.
.
5. Teks




-Saiz font yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan ruangan gambar tersebut. Font tidak boleh terlalu besar ataupun terlalu kecil. Selain itu, teks juga jangan terlalu panjang.









Thursday 15 November 2018

BBM 3410/18 : Video kalendar guna Adobe Photoshop

Hari ni aku nak ajar macam mana nak buat kalendar guna Adobe Photoshop.
.
.
Oh ya, tugasan harini sebenarnya adalah kelas online tau. sepatutnya ada kelas amali tadi. tapi disebabkan ada hal-hal tertentu, Prof suruh buat kuliah online saja.
.
.
jadinya, makanya terhasilnya video ni.
.
harap korang faham lah apa yang aku ajar ni.
.
.
pss.. kalau tak paham pun mohon buat buat paham lah ye. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜œ
.
.
terima video dari Jari Gemok !



Nursyudha binti Mohd Arif
185331

Wednesday 14 November 2018

BBM 3410/18 : Alamak ! Prof komen lah kat blog.

Dup dap dup dap...
.
.
Hujan renyai-renyai di waktu malam.
.
.
Jari masih lagi bekerja keras untuk menaip tugasan yang bertimbun. akan tetapi,
.
.
Tiba-tiba...
.
.
Otak pantas teringat akan sesuatu. Apakah ?
.
Alamak! Lupa update blog untuk minggu ni lahπŸ˜…
.
.
jari jemari yang gemok ni pantas membuka blog untuk update cerita minggu ni.
.
.
Tiba-tiba...
.
hmm berapa banyak tiba-tiba daa.. hmm baca jelah
.
.
tiba-tiba (ala tiba-tiba lagi)..
.
mataku terlihat akan sesuatu.
.
apakah???





korang nampak apa yang aku nampak??
.
yehaa Prof tinggalkan komen !

.
Prof pernah cakap, kalau Prof tinggalkan komen maknanya dia baca dan blog tu menarik.

Maknanya blog aku menarik lah kan ?

wow! amazing. kehkeh


sekian

Jari gemok 

BBM3410/18: Kisah Twitter si burung biru !

Facebook dah ada, instagram dah ada, blog dah ada, haa sekarang baru sekarang nak berjinak-jinak dengan Twitter !
.
.
Yeahh Twitter si burung biru !
.
.
dah lah tak pandai main twitter. tapi demi tugasan aku kena pandaikan diri jugak.
.
.
akhirnya ! pandai juga. ala setakat buat status, retweet tu pandai lah. 


















uishh letih juga banyak media sosial ni ek. tapi sekurang-kurangnya aku banyak lah tahu perkembangan semasa.

sekian.

Thursday 8 November 2018

BBM3410/18 : Terjun jangan tak terjun!

Alang-alang dapat cuti lama, aku pun pergilah bercuti juga.

Bercuti kat Lata Pulai, Pontian.



Lata Pulai, Pontian

Eh, kenapa ada pokok sawit? Kolam ni dalam kebun ke?

Aah. Kolam ni dalam kebun sawit. Bijakkan orang Johor. kreatif ! 
.
.
ehh terpuji orang negeri sendiri pula. hahahaha
.
.

terjun lah aku dengan jayanya tak ingat dunia terutama sekali FYP hahhaha


Muka sebelum rentung sebab lama sangat dalam kolamπŸ˜‚

rombongan Cik Kiah hahahh

Bye

Jari Gemok 

BBM3410/18 : Prof glamour !

Y. Bhg. Prof Dr Normaliza binti Abd Rahim


Prof aku masuk tv. Prof korang ada ke? gituu😝
.
Ni kira ganti kelas online untuk hari isnin. Memula Prof suruh tengok tv Alhijrah pada hari ahad. Lepastu tak jadi pula.

So dalam hati fikir mungkin Prof nak buat tugasan lain kot.
.
.
akan tetapi..
.
.
Tiba-tiba..
.
.
sedang enak diulit mimpi, aku tetiba terjaga. 

eh bukan tetiba. tapi memang nak bangun pun. nak sidai baju semua. rajin bukan?

ehh sambung cerita. macam biasa lah, bangun tidur aku pun buka lah whatsapp. kot lah ada orang whatsap ke kan. hohoho
.
.
tetiba lagi aku buka la kat group linguistik. Prof bagi tugasan seawal pagi. Mak oii. Prof suruh tengok dia muncul kat tv pukul 8.15. Wehh, aku baru bangun kot time tu. apa lagi melompat aku turun katil lepastu buka tv.
.
.
semua kerja rumah aku hold dulu sebab nak tengok Prof. tunggu punya tunggu akhirnya muncul juga.
.
.
ehh comel pula Prof aku ni. dalam masa yang sama bangga juga sebab Prof yang mengajar aku masuk tv. pergh!!
.
tugasan bukan setakat tengok je tau. tapi kena amik gambar lepastu post lah.
.
.
yang bahagianya bila Prof like gambar aku lepastu komen kat post aku. Fuhhh! terasa A makin kuat dalam genggaman akuπŸ‘„

Bukti Prof like dan komen 

Sekian

Jari Gemok tak tipu

BB3410/18 : OK ke K.O?




Kecoh kecoh kecoh !

Bayangkan eh tengah syok rehat kat rumah tetiba bertalu-talu whastpp masuk. Tak ku hiraukan. Biarkan.. biarkan..

Lepastu tangan gatal nak bukak instagram. Ehh, kenapa ramai sangat post tangan bentuk OK ni?
.
.
aku musykil.

lalu, ku memutuskan untuk buka ws group.
.
Walawei, beratus-ratus whatsspp dalam group linguistik. Rupa-rupanya Prof nak bagi cuti deepavali.

Yehaaa !!!!
.
.
Tapi ada syarat. Kena buat tanda OK tu dulu, pastu buat hastag kelakar macam biasa lah.

Ini kira rayuan lah untuk batalkan kuliah hari isnin tu.
.
.
Demi batal kuliah, aku sanggup lakukan apa je! lalu ku tayang jari jemari aku yang gemok tu.


Pokok petai dan langit menjadi saksi aku amik gambar ni



Akhirnya, kuliah berjaya dibatalkan. biu biu Prof.πŸ’“
.
.
Sekian

Gemokkan jari aku😌



BBM3410/18 : #KampungKu oh KampungKu

Cerita ini bermula, ketika aku keluar,
Berjalan di kota raya, melihat sini sana
Dengan Ex5.
.
.
Hahaha, tengah nyanyi lagu roadblock hatiku ke tu? πŸ‘€πŸ˜ Yehaa ! Korang terkena lagi!
.
cerita harini tak de kena mengena dengan roadblock atau pak polisi atau saman.

tajuk pun kampungku, so aku nak cerita pasal kampung aku.

hmm tak cerita pasal kampung pun sebenarnya. tipu je.

time cuti ni pun Prof suruh buat tugasan. Apa?? Tugasan lagi?

Ehh relax. tugasan pun tak susah. senang je. aku kena ambil gambar pastu letak lah hastag yang diperlukan. 10 keping beb!

daripada seorang yang tak suka pegang henfon time kat kampung, Prof telah jadikan aku sebagai seorang yang kena suka pegang telefon masa  bercuti kat kampungπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Bukti aku buat tugasan kat kampung.😎


Bye

Jari Gemok penat dah

BBM3410/18 : Trouble is a friend !

Haa, tajuk pun dah "trouble" kan.

hmm macam lagu Lenka je sis. Haa lah memang pun!

Kitaorang ni kena buat music video untuk Lax pula. Lagu kitaorang pilih Trouble is a friend.

Ishh, betul-betul trouble ni. πŸ˜‚πŸ˜‚

Mau tak trouble. minggu ni kena siapkan 2 buat video lagu. Fuhh lecak tiak.πŸ˜…πŸ˜†

Lax ni 5 orang je ahli kumpulan. So, kitaorang lah penari, kitaoranglah pelakon.

haa, kejap lagi rasanya dah boleh kot offer diri kat pengarah-pengarah terkenal. almalumlah, serba boleh ! ehhh.

Walaupun ketiak lecak sebab buat video tengahari buta, tapi disebabkan oleh semangat berpasukan dan setiakawan kitaorang ni, akhirnya siap pun video tu.
.

.
Pokoknya, apa yang penting kerjasama !
.


Sekian

Jari Gemok nak jadi pelakon woi!


BBM3410/18 : Kena menari ke ni?

Oh tugasan, kenapa kau begitu menghantui hidup aku?

Weh, normal la kan bila jadi student ni mesti banyak kerja. Kalau tak jadi student pun still banyak kerja jugak. Ye idokk?

Prof bagi tugasan baru lagi oi sebelum cuti mid sem. aahahhaahha. Well, tugasan baru ni kami ditugaskan kena buat video one shot. 

kitaorang decide pilih lagu tamparan wanita daripada kumpulan Elite. Almaklumlah, lama tak tampar orang ni. muahahhah. 
.
.
Tak tak. Gurau je.
.
.
So, kena pikir step nak menari lah ni kan. 

Hmm malas pula nak taip panjang-panjang harini. Aku nak pikir step menari ni.
.
.
.

Sekian

Jari Gemok tengah busy pikir step menari.



Wednesday 7 November 2018

BBM3410/18: Ikan masin I LOVE YOU !

Haii haiii hai.

Hai senangnya dalam hati bila ada kat kampung. Makan free, makan sedap, boleh lepak kat tempat-tempat best dengan kawan-kawan.

Paling best bila dapat jumpa mama abah. Alahai seronok sungguh.

Haaa lagi satu, masa macam ni lah aku nak bantai makanan yang aku dah craving gila. Nak tahu apa? Hahahhahahahahah jawapnnya adalah....
.
.
.
IKAN MASIN!!!
.
.
Yes! ikan masin adalah makanan yang aku nak sangat sangat makan. Dapat ikan masin goreng garing, bubuh cili potong, lepastu letak lah bawang sebanyak mungkin. Pekena pulak dengan nasi panas. Ya Tuhan, nikmatnyaaaa!
.
Hmm tengah taip ni pun aku telan air liur weh. hahhahahπŸ˜‚πŸ˜‚

.
Eleh, yang baca ni kau jangan nak acah-acah geli pula ek. Pastu jangan nak acah sangat tak makan ikan masin eh, aku pang kang. muahahaha
.
.
.
Sekian

Jari Gemok suka ikan masin.

BBM3410/18 : Yeayyy ! Balik kampung!

Hollaaaaa...

Wahh happy nampak ! Ishh gila tak happy. hari yang ditunggu dah tiba wehh.

Perjalanan jauh tak kurasa,
Kerna hati ku melonjak sama,
Ingin berjumpa sanak saudara,
Yang selalu bermain dimata..

Nun menghijau gunung ladang dan rimba,
langit nan tinggi bertambah birunya,
deru angin turut sama berlalu,
Semuanya bagaikan turut gembira.


Oooooo balik kampung ooo balik kampung oooo balik kampung! hati riang...


Hahahahahah. alaa mesti korang menyanyi sama jugak kan time baca blog aku ni. Muahahahahha.


Yezza, cuti mid sem dah mula. Ayuhlah kita pulang rehatkan minda. Tak payah nak hadap buku sangat lah uolss. Enjoy duluannn. FYP tolak tepi dulu okay !


Bye

Jari akan bertambah gemok bila balik kampung !

Friday 26 October 2018

BBM3410/18 : IG DAH KENA LIKE WOI !






Yezza. nak melompat rasanya harini.

Kenapa?

Sebab Prof dah like gambar aku kat instagram. Eh bukan setakat like je, siap komen lagi uolss. Bila dah like dan komen tu bermakna A dalam gengaman katanya. Hahaha.

Bayangkan ehh, aku baru bangun tidur lepastu tengok Prof komen kat gambar. Walawei! Rasa macam nak lompat dari katil je. muahahhaha.

Tak percaya? Tu aku dah  tunjuk bukti.



Sekian

Jari Gemok

BBM3410/18 : Minggu 7 Mai belajar Adobe Photoshop

Yuhuuu. Bertemu kembali dengan coretan aku yang seterusnya. Ha, hari ni aku nak cerita tentang pembelajaran terbaru yang diajar oleh Prof. Apakah dia? Meh aku nak story.

Minggu ni kitaorang belajar tentang adobe photoshop. Prof suruh kitaorg buat kalendar tahun 2019 juga app adobe tu.

Mula-mula terkial-kial juga aku nak buat. Almaklumlah, aku ni bukan amatur bab-bab ni. Setelah bersengkang mata dan berperang akhirnya berjaya buat juga. Hasilnya bolehlah daripada takde. Tapi aku akan praktis terus untuk mahirkan diri. Manalah tahu kan, nanti aku boleh buat kad kawen ke kalendar ke. Duit tu!


Sekian

Jari Gemok

Monday 22 October 2018

BBM3410/18 : Rahsia

Hari ni aku nak cerita pasal satu rahsia. Rahsia apa?

Rahsia  kawan baik aku. 

Yelah, rahsia tentang apa???

Sabar. sabar. aku nak cerita lah ni. hmm macam mana nak cerita ek?

Cerita ni sebenarnya tentang rahsia. Dah nama pun rahsia. mana boleh bagitahu. HAHAHAHA.

Bye!πŸ˜›πŸ˜›πŸ˜›


Jari Gemok

Wednesday 17 October 2018

BBM3410/18 : MINGGU KEENAM

Minggu baru tugasan pun baru!

Macam biasalah bila tiba hari isnin je Prof mesti akan kasik tugasan baru. Shooting kat luar lagi la nampaknya.

Patutnya tiap hari isnin pakai baju sukan je. hahahaπŸ˜†

Minggu ni tema simpulan bahasa. 
Ce teka simpulan bahasa apa ni?

Sekian

Jari Gemok

BBM3410/18 : Weh! Stress!

Image result for gambar orang stress kartun



Yuhuuu..

Tajuk pun dah stress. Mana tak stressnya. Minggu ni lah hantar segala assigment ! Hantar segala kerja. Ha, ni pun baru lepas siap buat FYP.

FYP.......... kenapa ada FYP?πŸ˜–


FYP banyak merampas kegembiraan dan kebahagiaan aku kat sini. Alahai, nak tak nak kena siapkan juga. Aku meraung macam mana sekali pun fyp kena buat juga. Sekarang aku nak kena pergi hantar fyp aku dulu. Mudah-mudahan dapat keputusan yang baik-baik je. Aamin. Debor !

Doakan aku tau !


Bye

Jari Gemok

Thursday 11 October 2018

BBM3410/18 : Geng masuk air !

Assalamualaikum.

Hari ini aku nak cerita pasal kawan-kawan aku. Aku ada 4 orang kawan baik di UPM. Nama diaorang ialah Nani, Shira, Zue dan Dini.

Sebenarnya aku paling lama berkawan dengan Shira dan nani. Kitaorang mula-mula kenal masa pendaftaran kat kolej. Shira ni perangai dia jenis yang pendiam. Tapi sekarang dia makin kelakar. Nani pula perangai dia tak berapa nak berguna sangat. Hahahhaha. Tak lah. Dia baik sangat.  Sorry! Selalu cari pasal. Ada je bahan nak kenakan aku. Yang Zue dengan Dini ni mula rapat masa sem 3. Lambat kan. Geng dak-dak dekan memang macam tu. hahahah.

Tapi, dalam perangai diaorang yang masuk air keluar asap tu, diaorang tetap ada masa susah dan senang aku. Aku masih ingat lagi, ketika aku berada dalam keadaaan tertekan sebab FYP, mereka lah yang bersungguh bagi semangat kat aku. Terharu aku. Sebab tanpa sokongan mereka, aku rasa aku dah lari dari sini.

Tak sangka dah nak habis belajar kat sini. Mesti aku akan rindu perangai sorang-sorang. Sayang korang sangat sangat!

Sekian

Jari Gemok

Wednesday 10 October 2018

BBM3410/18 : MEMBER KENA TAZKIRAH !

Assalamualaikum semua!

Hari ni aku nak cerita pasal air. Kenapa? Sebab hari ni UPM tak ada air. Hahaha. Redha. Pagi ni kawan aku mengeluh sebab tak ada air kat bilik air. Dia rasa tertekan. Almaklumlah, tengah tak ada air ni lah perut dia memulas nak buang apa yang patut.

Nak dijadikan cerita, dia mengadu lah nasib dekat kami. Memang silap lah mengadu nasib kat dalam group whatshapp kami ni. Kena tazkirah dia dengan aku. Aku pun cakaplah yang kita baru diuji dengan ketiadaan air kita dah mengeluh. Rakyat Palu yang kena tsunami di sana lagi berat dugaan mereka.  Terus diam dia. Huhu.

Bukannya apa, memang susah jika tak ada air. Tapi kita kena hadapi juga kesusahan itu. Allah duga kita sikit je. Jadi kita haruslah bersyukur kerana dugaan kita tak seberat orang lain. Apa-apa pun salam takziah kepada mangsa tsunami di Palu. Semoga kalian tabah dengan dugaan yang diberikan.


Ikhlas

Jari Gemok

BBM3410/18 : MINGGU KELIMA

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, bertemu lagi kita pada penulisan hari ini.
Hari ini saya nak bercerita mengenai pembelajaran baharu yang diajar oleh Prof. Apakah dia? 

Begini, pembelajaran pada kali ini Prof suruh kami membuat fotografi berbentuk Flatlay, Quater Flatlay, Half Flatlay dan Zero Flatlay.
Kami perlukan satu tema bagi setiap flatlay yang dihasilkan. Tema yang kami pilih ialah Travel, Gadgets, Food, Stationery dan Makeup.

Macam biasalah, setiap hasil fotografi tu kami kena upload di Instagram. Nanti saya kongsikan gambar-gambar yang terhasil hasil kerjasama kami sekumpulan okay. 



Bye

Jari Gemok


Tuesday 2 October 2018

BBM 3410/ 18 : Minggu Keempat

Assalamualaikum.


Pada minggu keempat ini, saya dan rakan-rakan telah diberikan tugasan secara dalam talian. Kami perlu menjawab dua soalan yang diberikan oleh Prof dan hantar jawapan tersebut ke email Prof. Dr. Normaliza.

Dua soalan tersebut adalah mengandungi solan berdasarkan buku BOOM ! with Social Media. Kami ditugaskan untuk memberikan pandangan mengenai aplikasi media sosial yang ada. Seterusnya, saya perlu memilih satu jenis media sosial sahaja yang saya rasakan agak bagus untuk digunakan dan diaplikasikan dalam pembelajaran di universiti.

Sekian

Jari Gemok

BBM3410 /18 : Fotografi




Assalamualaikum semua.

Bertemu kembali dengan coretan saya baru.

Minggu ni dapat tugasan baru lagi. Kitaorang kena ambil gambar yang berlainan.



over the shoulder
potrait
Medium shot
Long shot
Mug shot
Bird eyes view

Sekian

Jari Gemok

BBM3410/18 : POST GAMBAR KAT FACEBOOK !

Hai, assalamualaikum. Terima kasih masih lagi setia dengan blog aku ni. hahaha. . . okay, hari ni nak cerita pasal kerja yang aku kena ...