Tuesday 25 September 2018

BBM3410/18 : MINGGU KEDUA PUNYA AKTIVITI

Assalamualaikum. Bertemu kembali,






Pada minggu kedua, saya dan rakan-rakan ditugaskan untuk membuat  Asas Grafik. Kami perlu memilih  5 keping gambar untuk ditampal kat mounting board. 

Kami diberi masa untuksehingga pukul 2 petang untuk menyelesaikan  tugasan tersebut. Lepas dah siap, kami kena bergambar dengan hasil yang kami lakukan. Kumpulan kami dapat dua bintang.  
Seronok sangat sebab dapat ilmu yang baru mengenai Asas Grafik ini. Disini saya lampirkan hasil tugasan yang telah siap.

Moga kita bertemu lagi. 




Sekian

Jari Gemok













BBM3410/ 18 : Aktiviti Kuliah Minggu Pertama

Assalamualaikum. Hai.
Bertemu kembali kita. Hari ini, saya nak cerita mengenai aktiviti kuliah saya pada minggu yang pertama. Subjek Multimedia Dalam Bahasa BBM3410. Yang mengajar adalah Prof. Dr Normaliza binti Abd Rahim.


Pada minggu pertama ini, kami telah diberikan penerangan oleh Prof mengenai subjek ini. Prof kata, subjek ini kami akan banyak melakukan penggambaran di luar. Ini kerana, subjek ini memerlukkan kreativiti ketika menggambil gambar.

Kami dikehendaki membuat kumpulan seramai 10 ahli, Kami juga belajar Asas Grafik. Kami dikehendaki membawa barang-barang yang diperlukan.


Jumpa lagi.

Jari Gemok

BBM3410/ 18 :Ayuh kita berkenalan !

Assalamualaikum. Haiii..

Untuk pengetahuan kalian semua, ini merupakan posting pertama yang saya post kat dalam  blog ini. Saya baru buat blog ni. Jadi, rajin-rajinkan lah jari jemari anda yang runcing itu untuk sentiasa tengok  post-post saya disini okay.


Pemilik blog ini diberi nama Nursyudha binti Mohd Arif. hahahha. mesti susah nak sebut kan? tak apa. panggil saya Syu je. senang ! Saya baru je berumur 23 tahun pada 22 September yang lalu. Ye ! Baru je cukup umur ni.

Saya berasal dari Batu Pahat, Johor.  Merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Sekarang saya sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia. Kos yang saya ambil disini ialah Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu. Insyallah, saya akan bergraduat pada tahun depan. Sekarang ni tengah gigih buat FYP. Perit. Haha.

Hobi, mestilah makan, Hahaha.. Sebenarnya suka baca novel. Novel ala ala cinta. tapi kadang-kadang layan juga novel-novel yang menginsafkan diri. Memasak pun saya suka. Sebab memasak dapat mengurangkan stress. Rasa tenang je kalau dapat masak. Lagi tenang bila orang puji sedap !

Okaylah. sampai sini dulu coretan saya. Kita jumpa kat posting yang lain tau. Jangan lupa suruh kawan-kawan follow blog saya. 




-Syu Arif-
Jari Gemok

BBM3410/18 : POST GAMBAR KAT FACEBOOK !

Hai, assalamualaikum. Terima kasih masih lagi setia dengan blog aku ni. hahaha. . . okay, hari ni nak cerita pasal kerja yang aku kena ...