Tuesday 25 September 2018

BBM3410/ 18 :Ayuh kita berkenalan !

Assalamualaikum. Haiii..

Untuk pengetahuan kalian semua, ini merupakan posting pertama yang saya post kat dalam  blog ini. Saya baru buat blog ni. Jadi, rajin-rajinkan lah jari jemari anda yang runcing itu untuk sentiasa tengok  post-post saya disini okay.


Pemilik blog ini diberi nama Nursyudha binti Mohd Arif. hahahha. mesti susah nak sebut kan? tak apa. panggil saya Syu je. senang ! Saya baru je berumur 23 tahun pada 22 September yang lalu. Ye ! Baru je cukup umur ni.

Saya berasal dari Batu Pahat, Johor.  Merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Sekarang saya sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia. Kos yang saya ambil disini ialah Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu. Insyallah, saya akan bergraduat pada tahun depan. Sekarang ni tengah gigih buat FYP. Perit. Haha.

Hobi, mestilah makan, Hahaha.. Sebenarnya suka baca novel. Novel ala ala cinta. tapi kadang-kadang layan juga novel-novel yang menginsafkan diri. Memasak pun saya suka. Sebab memasak dapat mengurangkan stress. Rasa tenang je kalau dapat masak. Lagi tenang bila orang puji sedap !

Okaylah. sampai sini dulu coretan saya. Kita jumpa kat posting yang lain tau. Jangan lupa suruh kawan-kawan follow blog saya. 




-Syu Arif-
Jari Gemok

No comments:

Post a Comment

BBM3410/18 : POST GAMBAR KAT FACEBOOK !

Hai, assalamualaikum. Terima kasih masih lagi setia dengan blog aku ni. hahaha. . . okay, hari ni nak cerita pasal kerja yang aku kena ...