Saturday, 8 December 2018

BBM3410/18 : POST GAMBAR KAT FACEBOOK !

Hai, assalamualaikum.

Terima kasih masih lagi setia dengan blog aku ni. hahaha.
.
.
okay, hari ni nak cerita pasal kerja yang aku kena post kat facebook. Yeah! Selepas IG, Twitter dan blog, akhirnya medium facebook pula aku gunakan untuk subjek multimedia ni.
.
.
Sebenarnya, aku dah post lama dah kat facebook, tapi lupa nak update. Meh aku bagi bukti yg aku dah post.










Salam penuh kasih sayang daripada :

Jari Gemok❤️

Wednesday, 5 December 2018

BBM3410/18 : Video tanpa wajah

Aku nak ceritakan mengenai video tanpa wajah pula.
.
.
Video tanpa wajah ni ada ciri-ciri berikut.
.
.
1. Hanya fokus pada bahagian yang diinginkan. Contoh bahagian tangan atau objek lain.
2. Video ini tidak boleh menampakkan wajah si pelakon
3. Video ini boleh dirakam daripada pelbagai sudut.
4. Lagu hendaklah bersesuaian dengan jalan cerita.
.
.
Dalam video ini, kami fokuskan kepada tangan.




BBM3410/18 : Video One Shot

Dalam pembelajaran multimedia ini, aku telah belajar mengenai 3 jenis video one shot yang berlainan.
.
.
Untuk pengetahuan korang, Video One Shot ada tiga jenis.
.
1) Video One Shot One Layer
2)One Shot Two Layer
3)One Shot Three Layer
.
.
Apakah perbezaannya?
.
.
- Bagi jenis one shot one layer ni, video ni memerlukan kamera dalam kedudukan yang statik. Selain itu, video ini memerlukan pergerakan keluar masuk ahli kumpulan. Mereka juga perlu memastikan hanya satu kelompok sahaja yang bergerak ketika rakaman dijalankan.

One Shot One Layer

-One Shot Two Layer ini pula memerlukan 2 kelompok bergerak dalam satu masa. Contohnya, penyanyi bernyanyi dan pada masa yang sama pelakon turut melakonkan watak mereka.

One shot 2 layer

-One shot three layer pula memerlukan 3 kelompok bergerak. Pertama, penyanyi. Kedua pelakon. Ketiga pergerakan yang tidak disengajakan. Bagi contoh di bawah, pokok bergoyang.

One Shot Three Layer


BBM3410/18 : Papan Cerita

Papan Cerita. Apakah itu?
.
.
-Papan cerita ni merupakan satu lakaran bagi menggambarkan isi atau turutan sesuatu isi kandungan.  Papan cerita ni turut dikatakan sebagai susunan grafik atau imej. Tujuan menggunakan papan cerita ini adalah untuk mempercepatkan sesuatu proses kepengarangan.
.
.
-Papan cerita ini juga untuk memastikan setiap gambaran yang diberi jelas.
.
.
Kami menggunakan papan cerita ketika membuat e-majalah.
.
.
-Pertama, papan cerita yang kami hasilkan tidak boleh lebih daripada 10 muka surat
-Nama majalah dan nama kumpulan perlu ada di muka hadapan
-Pengenalan bagi Sidang redaksi e-majalah tersebut.
-Seterusnya adalah lakaran produk-produk yang dihasilkan perlu dilakar dalam ruangan yang telah ditetapkan
-Dalam setiap produk yang dilakar, kami perlu memberikan nama bagi produk tersebut serta menyelitkan kata-kata daripada buku 200 quotes
-Muka belakang e-majalah hendaklah dilampirkan maklumat mengenai syarikat tersebut seperti facebook, dan instagram

BBM3410/18 : ASAS GRAFIK

Bertemu semula kita di dalam blog ni.

Hari ni aku nak berkongsi sikit mengenai Asas Grafik. Apa itu asas grafik? Haa.. untuk pengetahuan semua, asas grafik ni adalah asas kepada sesuatu rekaan yang akan kita hasilkan. Terdapat 5 asas grafik yang akan aku terangkan untuk kalian semua.
.
.
1. Mudah



- Ciri pertama bagi asas grafik adalah mudah. Kenapa mudah ? kerana, asas grafik mudah ini membolehkan kita cepat faham akan apa yang ada pada gambar tersebut.
.
.
2. Seimbang



- Bagi asas grafik seimbang, gambar yang diambil perlulah seimbang dari atas dan bawah serta kiri dan kanan gambar tersebut. Seimbang dari segi kedudukan gambar-gambar tersebut.
.
.
3. Kesesuaian




- Ciri ketiga asas grafik adalah kesesuaian. Gambar yang diambil perlu bersesuaian dengan keadaan persekitaran.
.
.
4. Warna



- Warna memainkan peranan penting dalam sesuatu gambar bagi memastikan gambar tersebut kelihatan lebih menarik. 
.
.
5. Teks




-Saiz font yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan ruangan gambar tersebut. Font tidak boleh terlalu besar ataupun terlalu kecil. Selain itu, teks juga jangan terlalu panjang.









BBM3410/18 : POST GAMBAR KAT FACEBOOK !

Hai, assalamualaikum. Terima kasih masih lagi setia dengan blog aku ni. hahaha. . . okay, hari ni nak cerita pasal kerja yang aku kena ...