Y. Bhg. Prof Dr Normaliza binti Abd Rahim
Prof aku masuk tv. Prof korang ada ke? gituu๐
.
.
Ni kira ganti kelas online untuk hari isnin. Memula Prof suruh tengok tv Alhijrah pada hari ahad. Lepastu tak jadi pula.
So dalam hati fikir mungkin Prof nak buat tugasan lain kot.
.
.
akan tetapi..
.
.
Tiba-tiba..
.
.
sedang enak diulit mimpi, aku tetiba terjaga.
eh bukan tetiba. tapi memang nak bangun pun. nak sidai baju semua. rajin bukan?
ehh sambung cerita. macam biasa lah, bangun tidur aku pun buka lah whatsapp. kot lah ada orang whatsap ke kan. hohoho
.
.
tetiba lagi aku buka la kat group linguistik. Prof bagi tugasan seawal pagi. Mak oii. Prof suruh tengok dia muncul kat tv pukul 8.15. Wehh, aku baru bangun kot time tu. apa lagi melompat aku turun katil lepastu buka tv.
.
.
semua kerja rumah aku hold dulu sebab nak tengok Prof. tunggu punya tunggu akhirnya muncul juga.
.
.
ehh comel pula Prof aku ni. dalam masa yang sama bangga juga sebab Prof yang mengajar aku masuk tv. pergh!!
.
tugasan bukan setakat tengok je tau. tapi kena amik gambar lepastu post lah.
.
.
yang bahagianya bila Prof like gambar aku lepastu komen kat post aku. Fuhhh! terasa A makin kuat dalam genggaman aku๐
Bukti Prof like dan komen
Sekian
Jari Gemok tak tipu